As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sahabat-sahabat semua sedia maklum, kos sara hidup hari ini semakin meningkat. Keadaan ini dijangka akan berterusan dari setahun ke setahun. Sudahkah sahabat-sahabat mempersiapkan sumber kewangan yang mencukupi untuk keluarga? Sekiranya anda berpendapat dengan situasi sekarang anda mampu menanggung kos kehidupan untuk keluarga anda, tanya diri anda soalan ini :
“Bagaimana pula sekiranya aku tiada lagi di dunia ini? Adakah aku telah menyediakan sumber kewangan yang mencukupi buat individu-individu tersayang yang aku tinggalkan itu??”
Bagaimana dengan nasib balu dan anak-anak anda?? Adakah anda sanggup melihat dan membiarkan balu dan anak-anak hasil zuriat anda meneruskan kehidupan dalam kesusahan? Bagaimana dengan makan minum mereka? Pakaian mereka? Tempat tinggal mereka? Persekolahan anak-anak? Perbelanjaan pinjaman rumah, kereta, pengangkutan, dan lain-lain perbelanjaan? Sebagai seorang muslim, kita memang perlu meninggalkan ilmu yang cukup kepada ahli keluarga kita, tetapi kita juga tidak patut lupa, memberi mereka kehidupan yang selesa juga adalah tanggungjawap kita.
Sekali lagi, tanya diri Anda soalan ini, "Apa yang aku tinggalkan untuk keluarga setelah ketiadaan aku?" :
• Wang Simpanan? Pelaburan? Saham?
• Rumah Banglo? Apartment? Kondo?
• Tanah Pusaka? Jongkong Emas?
• Syarikat dengan Aset Jutaan Ringgit?
"ATAU AKU HANYA MENINGGALKAN HUTANG UNTUK MEREKA SELESAIKAN ??"
Sekiranya dalam 1 keluarga itu hanya suami sahaja yang bekerja, pada pandangan saya suami seharusnya memiliki perlindungan Takaful Hayat. Ada orang berpandangan bahawa duit tidak mampu ditukarkan dengan nyawa seseorang. Betul! Pandangan ini memang tidak boleh disangkal. Tetapi dalam masa yang sama, saya turut berpendapat bahawa mungkin banyak masalah boleh diselesaikan dengan wang hasil dari caruman dalam akaun Takaful Hayat.
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, bukalah satu Akaun Takaful Hayat semasa anda masih muda. Ini tidak bermakna sekiranya anda telah berumur, anda tidak boleh mengambil Takaful Hayat. Tetapi sekiranya kita membuka Akaun Takaful Hayat ketika masih muda, caruman bulanan adalah amat rendah.
Kepada mereka yang sudah berusia tetapi masih belum memiliki Akaun Takaful Hayat, janganlah berlengah lagi. Lihatlah ke dalam mata anak-anak kita yang tidak tahu apa itu erti kesusahan. Sanggupkah kita melihat insan yang kita sayang berada dalam situasi yang sukar??
Ada juga di luar sana yang berpandangan "ULAT DALAM BATU PUN BOLEH HIDUP". Kepada mereka yang berfikiran seperti ini, ingin saya bertanya kembali,“ADAKAH BALU DAN ANAK-ANAK ANDA ITU HIDUP SEPERTI ULAT? TIDAK MEMERLUKAN WANG DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN SEHARIAN”
Membuka Akaun Takaful Hayat tidaklah mahal seperti sangkaan ramai. Buat para suami yang tidak merokok dan berumur lingkungan 30 tahun, dengan simpanan serendah RM250 sebulan anda boleh memiliki perlindungan takaful mencecah Suku Juta Ringgit - RM250,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu). Antara manfaat-manfaat lain yang anda akan dapat dengan nilai simpanan RM240 sebulan adalah seperti berikut :
• Lelaki [Lingkungan 30]
• Tidak Merokok
• Manfaat Kematian = RM250,000
• Manfaat Penyakit Kritikal = RM250,000
• Manfaat Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan = RM250,000
Buat suami yang ingin membuka Akaun Takaful Hayat untuk isteri (atau isteri-isteri..hihihi), berikut adalah manfaat-manfaat yang boleh diperolehi dengan simpanan serendah RM220 sebulan :
• Perempuan [Lingkungan 30]
• Tidak Merokok
• Manfaat Kematian = RM250,000
• Manfaat Penyakit Kritikal = RM250,000
• Manfaat Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan = RM250,000
Nilai RM250,000 mungkin tidaklah sebesar mana bagi sesetengah orang, tapi dengan nilai seperti ini, ia mungkin boleh memberi sinar harapan kepada kehidupan keluarga disaat musibah melanda. Renung-renungkan.
Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000kepada waris-waris anda. Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta).CARUMAN BULANAN TIDAKLAH SEMAHAL YANG DISANGKA. Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.
No comments:
Post a Comment